Tuesday, November 13, 2012

Lemon Cheesecake ( No Baking)

Resepi untuk Lemon Cheesecake (No baking)
Bahan untuk membuat base:-
  • 250gm biskut marrie
  • 125gm butter/ marjerin
  1. Hancurkan biskut, boleh dimasukkan kedalam pengisar kering untuk mnehancurkannya.
  2. Cairkan butter, setelah cair, masukkan biskut yang hancur tadi dan gaul.
  3. Sediakan loyang, alaskan loyang dengan aluminium foil atas kertas kuih, biarkan kertas tersebut dilebihkan kiri dan kanannya, ini adalah tujuan untuk memudahkan kek itu dikeluarkan dari loyang.
  4. Simpan loyang kedalam peti sejuk.
Bahan untuk cheesecake:-
  • 200ml (1 kotak kecil) whip cream
  • 3/4 gula
  • 250gm krem cheese
  • 1 s/b perasan lemon
  • 2 s/b serbuk gelatin
  • 1/2 cawan air panas
  • Pewarna hijau
Cara-cara membuatnya:-
  1. Campurkan gelatin dan air panas, kacau dan biarkan sejuk.
  2. Pukul krem cheese dan gula sehingga lembut, masukkan whip cream dan pukul lagi.
  3. Masukkan jus lemon dan gelatin, pukul  sehingga sebati.
  4. Bahagiakan kepada dua bahagian.  Sau bahagian diwarnakan hijau dan sebahagian lagi dibiarkan warna asli.
  5. Ambil loyang yang telah disejukkan tadi, tuang warna hijau, 3 sudu besar di tengah tengah loyang.  Setelah itu letakkan 3 sudu besar warna asli dan letakkan di tengah-tengah warna hijau tadi.  Ulangi langkah yang sama sehingga semua adunan habis.
  6. Simpan cheesecake ke dalam peti sejuk untuk lebih kurang 4 jam dan boleh dimakan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.