Friday, November 16, 2012

Meat Croquette

Resepi Meat Croquette
Bahan-bahannya:-
  • 4-5 kentang (sederhana besar) - dikopek kulit dan direbus sehingga empuk
  • 200gm daging cincang/ ayam cincang
  • 1 biji bawang holland - dipotong dadu
  • 2 keping cheese
  • 2 biji telur
  • 1 s/k serbuk lada sulah
  • Breadcrumb/ japanese breadcrumb secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:-

  1. Buangkan air rebusan kentang dan lenyek kentang sehingga lumat, masukkan 2 keping cheese dan biarkan seketika, cheese akan lembut dan gaul rata, seperti digambar.
    Kentang dan cheese
  2. Tumiskan bawang sehingga layu dan masukkan daging/ayam sehingga masak.  Setelah itu masukkan lada sulah, garam dan daun bawang.  Angkat dan masukkan kedalam adunan kentang tadi dan masukkan kuning telur dan kacau rata, simpan di dalam peti sejuk untuk seketika (mai suka buat adunan ini malam dan biarkan didalam peti sejuk semalaman).
  3. Japanese Breadcrumb
  4. Bentukkan adunan mengikut kegemaran masing-masing.  Celup dengan telur putih yang telah dipukul sedikit, setelah itu celupkan ke dalam breadcrumb (mai suka gunakan japanese breadcrumb, seperti digambar).
  5. Goreng didalam minyak yang banyak, setelah kekuningan, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.