Wednesday, November 21, 2012

Pes Tom Yam

Resepi Pes Tom Yam
Bahan-bahannya:-
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 tangkai daun limau purut
  • Jus limau nipis (ikut citarasa kemasaman masing-masing)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • Minyak untuk menumis
  • 3 kiub ayam (optional)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk dikisar:-
  • 5 biji lada merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 2 biji tomato
  • 1 inci belacan
Cara-cara membuatnya:-
  1. Tumis bahan kisar bersama lada kering, daun limau purut sehingga garing dan naik bau, masukkan jus limau, sos ikan, kiub ayam (optional) dan sesuaikan rasa.  Tumis lagi sehingga benar-benar garing.
  2. Angkat dan masukkan kedalam bekas, biarkan sejuk, tutup dan simpan didalam peti sejuk dan boleh tahan lama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.