Sunday, November 18, 2012

Puding Roti Pandan

Resepi untuk Puding Roti Pandan 
Bahan-bahannya:
  • Beberapa Keping roti
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • 2 biji telur
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 biji pisang (optional)
  • Beberapa helai daun pandan
  • Esen vanila
  • Pewarna hijau
  • Kismis secukupnya (optional)
Cara-cara membuatnya:-
  1. Bersihkan daun pandan dan potong kecil. Kisarkan bersama air dan perah untuk mendapatkan air pandan.
  2. Masukkan air pandan, telur, santan, gula, esen vanila. Kacau sehingga sebati dan gula larut.
  3. Sapukan butter/majerin pada loyang.
  4. Celupkan roti kedalam adunan dan susun kedalam loyang sehingga habis dan tuangkan lebihan adunan tadi ke dalam loyang.
  5. Akhir sekali potong pisang dan letakkan ke atas roti dan taburkan kismis kegemaran.
  6. Kukus 20-25 minit atau sehingga masak...:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.