Roti Poket

Resepi untuk Roti Poket


Bahan untuk kulit:-

2 kpg roti yg telah diterap
  • 1 buku roti
  • Japanese breadrumd/breadcrumb biasa secukupnya
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:-

  1. Ambil dua keeping roti dan dicanai bersama, tekapkan menggunakan acuan bulat (mai gunakan mug sebab bulatnya besar).  Ketepikan.
  2. Pukul Telur dan sediakan breadcrumb.
  3. Panas kan minyak dengan api yang sederhana.
    Roti yg telah digoreng
  4. Celupkan roti kedalam telur, setelah itu ke dalam serbuk breadcrumb dan goreng.  Goreng satu persatu lebih baik,  setelah letak kedalam minyak hendak lah dibalik-balikkan selepas lebih kurang 3 saat untuk mendapatkan warna yang sekata.  Roti akan mula mengembung, setelah warna menjadi cantik, bolehlah diangkat.
  5. Setelah sejuk roti dipotong dua atau digunting,  ketepikan.

Bahan untuk inti:-

sayur yg telah dibuang isi dan dipotong dadu
  • 300 gm ayam cincang (mai gunakan jenama Ramly)
  • ½ biji bawang Holland/ kuning – dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih – dicincang
  • 1 biji timun – dibuang tengah dan dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dibuang tengah dan dipotong dadu
  • 3 biji telur dadar – di pukul bersama sedikit *mayonis (*optional)
  • Daun salad
  • 2 s/b serbuk kari daging
  • 1 s/b serbuk lada putih
  • 1 s/b yogurt/ sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat inti:-

Inti
  1. Masak telur yang dipukul, kacau semasa memasak untuk menjadikan telur dadar hancur, ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau, masukkan ayam dan kacau rata sambil hancurkan ayam tersebut.
  3. Masukkan serbuk kari, lada sulah, yogurt/ sos tomato dan suai kan rasa dengan garam dan gula.  Kacau rata dan tutup api.
  4. Masukkan timun, tomato dan telur dadar, kacau rata dan angkat.
  5. Ambil roti yang telah dipotong tadi, letakkan sedikit daun salad dan isi kan inti kedalam roti. Sedia untu dihidangkan bersama sos cili tau makan begitu saja.