Tuesday, November 13, 2012

Sandwich Pakora

Resepi Sandwich Pakora
Bahan-bahannya:-
Untuk isi sandwich:-
  • Roti secukupnya
  • 3-4 biji kentang - dikopek kulit dan direbus sehingga masak dan dilenyek
  • 1 s/k serbuk kunyit
  • 1 s/k jintan halus
  • 1 biji bawang holland - dipotong dadu
  • 1 biji bawang putih - dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 s/b lada kering kisar (boleh dikurangkan)
  • Garam secukup rasa
Untuk bancuhan tepung untuk roti:-
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1 s/b serbuk ketumbar
  • 1/2 s/b lada kering kisar
  • Air secukupnya
Cara-cara membuatnya:
  1. Potong tepi roti dan dibelah serong.  Ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, jintan halus dan daun kari.  Tumis sehingga naik bau, masukkan kentang dan kunyit serbuk beserta garam.  Ketepikan.
  3. Dimangkuk yang lain, masukkan tepung, serbuk ketumbar, telur dan lada kering, kacau rata dan masukkan air secukupnya, jangan terlalu pekat.
  4. Ambil roti tadi dan sapukan adunan kentang tadi seperti membuat sandwich.  
  5. Celupkan roti kedalam tepung dan goreng sehingga keseluruhan roti tersebut masak dan kekuningan.  Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan.  

  
     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.