Udang Goreng Tepung Ketumbar

Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k serbuk lada sulah
  • 1 s/k serbuk lada hitam
  • 1 s/k serbuk ketumbar
  • 1 s/k serbuk kunyit
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak yang banyak untuk mengoreng
Cara-cara memasak:-
  1. Bancuhkan tepung, baking powder, lada sulah, ketumbar dan garam.  Bancuhkan dengan air sedikit demi sedikit, bancuhan hendaklah pekat seperti hendak membuat cucur.  Biarkan didalam peti sejuk lebih kurang 10minit.  Setelah itu keluarkan.  
  2. Panaskan minyak, gunakan kuali yang dalam seperti mangkuk.
  3. Pastikan udang tidak basah jika basah lapkan menggukan tisu (kitchen towel) dan celupkan kedalam adunan tadi sehingga membaluti keseluruhan udang.  
  4. Semasa hendak menggoreng, celupkan udang separuh dahulu untuk seketika, pegang dibahagian ekor udang, dan lepaskan, ulangi langkah sehingga habis (jangan goreng terlalu banyak dalam masa yang sama, supaya udang tidak melekat diantara satu dengan lain).  Setelah kekuningan, bolehlah diangkat dan boleh dihidangkan.