Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah
Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam - di potong ikut suka (kecil lagi sedap), diperapkan bersama garam, lada sulah dan kunyit serbuk selama 1 jam dan digoreng garing...
  • 2 senduk besar lada kering yang sudah dikisar (boleh tambah atau kurangkan)
  • 3 biji bawang merah besar - dikisar
  • 4 biji bawang putih - dikisar
  • 1 tin sedang Tomato Puri/ secukupnya
    1/2 botol besar Cili sos
  • 1/2 tin susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kg bawang merah kecil - dihiris dan dibuat bawang goreng (digoreng selepas ayam masak)
  • 1 tin buah koktail (buahnya sahaja)
Bahan hiasan

  • Daun sop dan daun bawang - dihirs halus
  • Kacang Pees (dalam tin) - jika perlu
Cara-cara memasak

  1. Panaskan kuali dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga garing dan kering, setelah itu masukkan cili sos, tomato puridan susu cair.
  2. Tumis lagi untuk beberapa minit dan masukkan garam dan gula, gaul sehingga rata, kecilkan api dan masukkan ayam yang telah digoreng dan dikacau rata. Tambahkan 1 gelas air dan masak sehinnga kuah pekat.
  3. Akhir sekali, goreng bawang kecil hingga menjadi bawang goreng dan tuangkan bawang tersebut bersama minyak bawang goreng itu ke dalam kuali ayam tadi.......di gaul rata, kemudian masukkan buah koktail yg telah di tapis airnya dan boleh lah dihidang kan.
  4. Taburkan daun sop, daun bawang dan kacang pees untuk hiasan.