Flower Pie Tee

Resepi untuk Flower Pie Tee


Bahan Inti:-

  • ½ biji bawang besar - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 1 s/b udang kering – ditumbuk
  • 1 biji karot – diparut panjang
  • ½ sengkuang – diparut panjang
  • 200gm udang – dibuang kulit dan dipotong kecil
  • Isi tahu*
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:-

  1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.  Masukkan udang, kacau sehingga masak.  Akhir sekali masukkan isi tahu, sengkung, karot, garam dan gula secukup rasa.  Kacau rata dan angkat (tidak perlu lama). 

Bahan untuk Flower:-

  • 24 keping tahu – bersaiz kecil yang telah siap digoreng (tahu pong)

Cara-cara membuatnya:-
-  Sila lihat gambar – 
  1. Isikan kelopak bunga dengan inti dan goreng dengan minyak yang sederharan banyak, anggaran bila diletakkan bunga ianya tenggelam setengah bunga.
  2. Pastikan minyak sudah panas, kecilkan api.  Masukkan bunga, sambil menyimbah kelopak bunga, masak hanya lebih kurang 30 saat sahaja, angkat dan toskan.  Boleh dihidangkan dengan sos plum….

Bahan sos plum:

  • 4 biji lada merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 s/b sos plum
  • 2 s/b sos cili
  • 1 s/b sos tiram
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara membuatnya:-

  1. Kisarkan lada merah dan bawang putih dengan air yang secukupnya sehingga halus.
  2. Masukkan kedalam periuk dan hidupkan api.  Letakkan kesemua sos, garam dan gula. 
  3. Masakkan sos sehinnga mendidih dan pekat.  Sedia untuk dihidangkan.