Friday, December 7, 2012

Kuih Seri Muka Pelangi

Resepi untuk Kuih Seri Muka Pelangi
Bahan untuk pulut:-
  • 1 1/2 cawan beras pulut - dicuci dan direndam 3o min
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam
  • 1 s/b minyak
Cara-cara memasak:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan kukus selama 30 minit. 
  2. Setelah masak, keluarkan dari kukus, gaul dan biarkan sejuk.
  3. Ambil loyang dan sapukan dengan minyak masakSetelah pulut sejuk, masukkan kedalam loyang dan tekan-tekankan sehingga padat dan rata.  Biarkan.
Bahan kastard:-
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan santan kelapa
  • 1 biji telur
  • 4 1/2 s/b gula
  • secubit garam
  • Pewarna kegemaran
Cara membuatnya:-
  1. Panaskan kukus.  Salutkan penutup kukus dengan kain.
  2. Masukkan kesemua bahan dan kacau mengunakan whisk tangan sehingga gula larut dan tapis.
  3. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna yang digemari.
  4. Masukkan satu adunan warna keatas pulut dan kukus dengan menggunakan api yang kecil selama lebih kurang 5-8 minit.  Buka penutup dan masukkan adunan yang kedua, ulangi proses yang sama sehingga habis.
  5. Setelah sejuk, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk baru dipotong.
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.