Sunday, March 24, 2013

Cream Chicken Pasta

Bahan-bahannya:-

  • 400gm isi ayam - dipotong dadu
  • 1 tin mushroom - dibilas dan dipotong nipis
  • 3 batang sosej - dipotong dadu kecil
  • 250ml (1 kotak kecil) susu segar
  • 1/2 cawa susu cair
  • 1/2 sk serbuk lada hitam(saya gunakan fresh lada hitam dan ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang holland/ kuning - dipotong dadu
  • 3 biji bawang putih - di tumbuk
  • 1 kiub ayam
  • 2 sb parsly kering
  • 2 biji kentang - direbus dan dilenyek
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 - 1 sb jus limau (letak sikit-sikit dan rasa ikut kesesuaian masing2)

Cara-cara memasak:-

  1. Panaskan kuali dengan 2 sb minyak, setelah panas, tumiskan bawang merah setelah sedikit layu masukkan bawang putih, kacau sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata selama 1 minit dan masukkan mushroom dan sosej, kacau lagi selama lebih kurang 3 minit.
  3. Masukkan pulak kiub ayam, susu segar, lada hitam, susu segar dan kentang, masak sehingga mendidih.
  4. Setelah itu masukkan susu cair dan sesuai kan rasa dengan garam dan jus limau. 
  5. Biarkan kuah pekat dan sedia dihidangkan bersama pasta.

Untuk pasta:

  1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan pasta kegemaran masing-masing mengikut tempoh masa yang diberikan.
  2. Toskan dan hidangkan bersama sos.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.