Puding Roti Pelangi

Bahan-bahannya:-
  • 1 paket agar-agar serbuk (10gm)
  • 1/2 cawan gula
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/3 cawan susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 keping roti
  • 2 sudu besar mentega/ majerin - dicairkan
  • 3 pewarna kegemaran
Cara-cara membuatnya:-
  1. Masukkan air, agar-agar dan gula kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Kisarkan roti, susu cair, susu pekat dan telur sehingga halus dan campurkan ke dalam periuk agar-agar, masak sehingga mendidih dan tutup api.  Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau lagi sehingga rata.
  3. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran.
  4. Lapiskan kedalam loyang/ bekas.  Sejukkan sebentar dan masukkan kedalam peti sejuk.  Hidangkan semasa sejuk.....