Tuesday, March 18, 2014

Biji Sagu Santan Bersos Koktail

Biji Sagu Santan bersos koktail
Bahan-bahannya:
Bahan A

  • 200gm biji sagu - dicuci sedikit dan direndam selama 15 minit
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • 1 sb gula

Bahan B

  • 1 tin kecil buah koktail-buangkan sedikit airnya
  • 1/2 buku gula melaka

Cara-cara memasak:-

  1. Masukkan buah koktail (dengan separuh dari air tin tersebut) and gula melaka kedalam periuk dan masak sehingga buah layu.
  2. Setelah masak, masukkan kedalam bekas atau gelas dan ketepikan.
  3. Masukkan biji sagu yang telah direndam kedalam periuk bersama santan, air, garam dan gula, masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga biji sagu kembang dan masak.
  4. Setelah masak boleh lah dituangkan ke dalam gelas yg telah diisi dengan buah koktail, biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.


Tip: jangan letak gula koktail terlalu banyak 1 sb sudah mencukupi untuk sesuaikan dengan kuantiti biji sagu yang diisi ke dalam gelas/ mangkuk.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.