Wednesday, March 26, 2014

Kuih Cara Berlauk


Bahan-bahan untuk kulitnya:-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar kotak
  • 1 cawan air
  • 1/2 sk garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 sk minyak sapi

Bahan-bahan untuk inti:-
200gm daging cincang
*1 biji bawang besar - dicincang
*3 biji bawang putih - dicincang
*3 bj bawang kecil - dimayang
2 sb rempah rendang
1/2 sb rempah kari
Perasa knor secukupnya(kalau tak nak gunakan perasa boleh ganti dengan garam n gula secukupnya dan sedikit sos tomato).
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan hiasan:-
1 batang lada - dihiris halus
Bawang goreng secukupnya
Daun sop dan daun bawang secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis kan bahan (*) sehingga layu dan masukkan rempah rendang dan rempah kari, tumis hingga garing dan masukkan daging, kecilkan api dan tutup kuali sehingga daging masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

2. Campukan semua bahan kulit dan kisar hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas buat roti jala atau cili sos (lebih senang isikan pada acuan, dari gunakan senduk atau teko etc) Ketepikan.

3. Panaskan acuan keatas dapur dengan api yang kecil. Sapukan acuan dengan sedikit minyak (gunakan daun pandan atau serai yg diketuk hujungnya).

4. Setelah acuan panas, paipkan adunan kulit 3/4, setelah keliling acuan sedikit masak, masukkan inti dan akhir sekali taburkan bahan2 hiasan keatasnya. Tutup dengan tutup periuk dan biarkan sehinggan masak.

5. Setelah masak cungkil sedikit dengan lidi dan angkat dengan sudu besar. Siap!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.