![]() |
Kuih Keria |
Bahan-bahannya:-
- 250gm keledek (kuning, oren atau ungu) - direbus dan dilenyek
- 80gm tepung gandum
- 1/2 s/k garam
- 80gm gula
- 3 s/b air
- Minyak untuk mengoreng
Cara-cara membuatnya:-
- Ambil keledek, garam dan tepung digaul rata, uli sehingga rata.
- Bentukkan bulat-bulat.
- Simpan peti sejuk (jika tidak mahu letak dipeti sejuk pun boleh juga, tambahkan sedikit tepung semasa menguli, saya letak dipeti sejuk kerana adunan sedikit lembut-tak suka byk tepung). Ambil adunan keria tadi dan bentuk seperti membuat donut.
- Bila hendak digoreng panaskan kuali dengan api yang sederhana besar dan goreng sehingga keria tenggelam. Goreng sehingga kekuningan kedua belah kuih tadi, angkat dan toskan.
- Untuk membuat gulanya, masukkan gula dan air, kacau dan panaskan kuali/periuk dan masak sehingga gula larut dan berbuih. Masukkan kesemua keria tadi dan kacau sebentar sehingga kelihatan gula bertali-tali dan tutup api, teruskan mengacau sehingga gula menjadi keras dan kering menyelaputi kuih keria tadi. Boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan....:)