Sunday, March 30, 2014

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka
Resepinya:
Bahagian bawah:
  • 2 cawan beras pulut - dicuci dan direndam min. 1/2 jam
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sk garam
  • Air secukupnya.
Cara-cara membuatnya: 
Masukkan pulut, santan, garam dan air.

2. Sukatkan air separas dengan beras pulut dan kukus sehingga masak.
3. Biarkan pulut sedikit sejuk.
4. Oleskan acuan kuih lompang dengan minyak dan masukkan pulut setengan acuan dan tekan-tekankan utk memadatkan pulut.

Bahagian atas:
3 biji telur
3/4 gula pasir
2 cawan santan
1 cawan air pandan (rebuskan air dengan beberapa helai daun pandan)
1 sk garam
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
Pewarna hijau secukupnya

Cara-cara memasaknya:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau rata sehingga gula larut.
  2. Tapiskan adunan.
  3. Tuangkan ke dalam acuan yang telah diisikan dengan pulut tadi dan kukus selama 20min atau sehingga masak.  Setelah masak sebelum di angkat, biarkan lagi 5min dikukus tanpa menggunakan penutup.
* Sebelum masukkan adunan pastikan air kukus telah mendidih, kecilkan api dan kukus kuih sehingga masak.  Tidak lupa juga hendaklah menutup penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air termasuk ke dalam adunan kuih tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.