Tuesday, March 18, 2014

Layered Cheese Crackers/ Biskut Lapis Keju

Layered Cheese Crackers
Bahan-bahannya:

  • 1 pek Deluxe Crackers
  • 250gm Cream Cheese Philadephia
  • 1/4 tin Susu Pekat
  • 1-2 cawan Susu segar (Fresh Milk)
  • 5 keping Biskut Oreo - dikisar halus
  • Nestum secukupnya
Cara-cara membuatnya:-

  1. Pukul cream cheese sehingga kembang dan lembut.
  2. Masukkan susu segar sebanyak 4 SUDU BESAR kemudian masukkan susu pekat (masukkan sedikit demi sedikit dan rasa, jika suka manis boleh tambahkan susu pekat sehingga lebih kurang 1/2 tin susu) - ketepikan.
  3. Celupkan beberapa keping biskut kedalam susu (jangan sampai lembik, sekadar semua biskut terendam kedalam susu beberapa saat dan angkat).
  4. Susunkan biskut kedalam bekas.  Setelah itu tuangkan seidikit adunan cream cheese menutupi biskut tadi.
  5. Setelah itu taburkan nestum disusuli dengan serbuk oreo.  Lapiskan lagi dengan biskut dan ulang cara seperti tadi sehingga habis.
  6. Masukkan kedalam peti sejuk seeloknya semalaman baru lah dipotong dan dihidangkan semasa sejuk. sedap u.............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.