Wednesday, March 19, 2014

Nasi Goreng Tomato Pedas

Nasi Goreng Tomato Pedas
Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan beras- dimasak dan disejukkan
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 10 ekor udang sederhana besar - dipotong sedikit dibahagian kepada dan ekor
  • 1/2 cawan daging yang telah direbus
  • 2 senduk nasi pes lada kering - boleh kurang atau lebihkan sukatan
  • 2 sb tomato puri
  • 2 sb tomato sos
  • 3 sb cili sos
  • 1 cawan sayur campur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:-
  1. Panaskan minyak kedalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.  Masukkan pes lada kering dan tumis sehingga garing.
  2. Setelah itu masukkan daging, tomato puri, tomato sos, cili sos, udang dan sayur campur, kacau rata sehingga kering.
  3. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan nasi, kacau rata dengan api kecil.  Setelah sebati, sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.