Tuesday, March 18, 2014

Puding Jagung Lapis Biskut Keju

Puding Jagung Lapis Biskut Keju
Bahan-bahannya:

  • 1 tin(425gm)/ 1 1/2 cawan krim jagung*
  • 1 tin susu cair*
  • 1 cawan air*
  • 1 cawan gula* (blh kurangkan)
  • 2 sb tepung jagung*
  • 2 sb tepung kastard*
  • 2 sb butter*
  • Biskut keju
  • Buah koktail

Cara-cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan yang bertanda (*) kedalam periuk dan masak dengan api kecil, sentiasa dikacau sehingga adunan pekat.
  2. Masukkan kedalam bekas/gelas pilihan dan lapiskan dengan biskut.  Ulang langkah tadi, akhirkan dengan puding jagung dibahagian atas dan akhir sekali letakkan buah koktail. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.