Wednesday, March 19, 2014

Pulut Kuning

Pulut kuning
Bahan-bahannya:-
  • 1 kg beras pulut
  • Serbuk kunyit/ pewarna kuning secukupnya
  • 3 keping asam keping
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - diikat
Cara-cara membuatnya:-
  1. Cuci beras pulut dan tos, campurkan serbuk kunyit dan asam keping dan rendam beras pulut (pastikan air menenggelami beras tersebut).  Rendam selama minimum 8 jam.
    Kukus pulut
  2. Panaskan kukus.  Tapiskan beras pulut tersebut dan keluarkan asam keping. Alaskan kukus dengan daun pisang dan kukus beras(pastikan air sudah mendidih baru dikukus) tadi untuk lebih kurang 20 minit. Lubang kan kukus dibahagian tengah untuk membenarkan wap masuk.
    pulut dikacau bersama santan
  3. Didalam mangkuk, masukkan santan, garam serta gula dan dikacau sehingga larut.  Setelah pulut masak, keluarkan pulut dan masukkan kedalam mangkuk tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata bersama santan.  Setelah itu, masukkan semula pulut kedalam pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak, lebih kurang 20 minit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.