Tuesday, March 18, 2014

Tempe Goreng

Tempe Goreng
Bahan-bahannya:
  • Tempe - dipotong ikut suka
  • Tepung beras
  • Garam secukupnya
  • Perasa Knor
  • Serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:
  1. Campurkan kesemua bahan dan masukkan tempe yang telah dipotong dan biarkan seketika sebelum digoreng.
  2. Panaskan kuali dan goreng sehingga warna menjadi keemasan.  Angkat dan hidangkan bersama sambal kicap pedas......
Sambal Kicap
Bahan-bahannya:-
  • 15 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing) - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar gula merah
  • Kicap Manis secukupnya
  • Jus limau/ perahan limau kasturi
Cara-caranya:
  1. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk dan masak.
  2. Campurkan gula merah, kicap dan jus limau.  Masaklah sehingga mendidih dan sedikit pekat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.