Wednesday, March 19, 2014

Udang Goreng Butter Basah

Udang Goreng Butter Basah
Bahan-bahannya:-

  • 15 ekor udang- gaulkan dengan garam dan perap seketika.  Goreng sehingga masak atau bertukar menjadi warna merah dan ketepikan.
  • 3 sb butter
  • 4 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • Beberapa cili padi - dipotong kecil

Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan kuali dan masukkan butter. Setelah butter cair masukkan bawan putih, cili padi dan daun kari.
  2. Masukkan susu cair, bila mendidih sedikit, masukkan udang dan kacau seketika.  Kalau hendak kuahnya pekat, kacaukan sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan kedalam kuali tadi.  Akhir sekali sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula.  Angkat dan boleh dihidangkan.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.