Donut GEBU


Resepinya:-

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 paket(11gm) yis segera
  • 1/4 cawan mentega/ majerin
  • 1 sb penuh shortening
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 1 biji telur - dipukul sedikit dengan 1/2 sk garam
  • 200ml air suam

Cara-cara membuatnya:-

1.  Campurkan air, gula, mentega, shortening dan yis segera kedalam bekas/ mangkuk yang besar.  Kacau sedikit dan biarkan selama 10 minit.
2.  Setelah yis mula berbuih, masukkan separuh dari tepung ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan sudu, setelah itu masukkan telur dan kacau lagi, akhir sekali masukkan lebihan tepung.  Kacau dengan sudu sehingga adunan likat dan boleh diuli.  Uli sehingga sebati dan tidak meletak pada tangan atau mangkuk.  
3.  Terap doh dengan menggunakan acuan donut atau sebagainya.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan api yang sederhana.  Bila panas, masukkan donut, jangan masukkan banyak-banyak kerana donut akan mengembang.  Sering diterbalikkan untuk mendapatkan warna masakan yang sama rata dan cantik.  Angkat dan sejukkan.  Siap
5.  Untuk topping, 1.celupkan donut ke dalam adunan cream cheese dan taburkan cheese yang diparut.  2. celupkan donut ke dalam adunan coklat dan taburkan choc rice di atasnya.  3.  gaul rata bersama gula halus  4.  gaul bersama gula halus dan cinnamon. dll