Kuih Harum Manis


Resepinya:-

1 cawan gula merah
350ml air

*2 cawan + 1/2 cawan + 1/3 cawan tepung gandum
*1/2 sk baking powder
*1 sk soda bikarbonat

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang (jika tidak mahu gula perang boleh abahkan gula merah)
3 biji telur
1/2 sk garam
1/4 cawan mentega -cairkan
1 sk esen vanila
Pisang berangan secukupnya

Cara-cara membuatnya:-

1.  Masak air dan gula merah sehinga mendidih, tapis dan sejukkan.
2.  Ayakkan bahan yg bertanda (*)
3.  Pukulkan gula dan telur sehingga kembang, kemudian masukkan tepung dan garam, setelah sebati, masukkan mentega, gula merah yg disejukkan tadi serta esen vanila.
4.  Panaskan kukus sementara itu sapukan minyak atau mentega pada acuan lompang.
5.  Isi 1/2 adunan ke dalam acuan dan letakkan hirisan pisang (tebalkan sikit) dan kukus selama 15-20 minit.