Kuih Kaswi


Resepinya:-
Bahan A:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sb tepung pulut
  • 1 sk kapor (pastikan rata sukatannya, kalau lebih kuih tak akan sedap)
  • 1 cawan air

Bahan B:

  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan

Bahan C:

  • 1 cawan Kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
  • Secubit garam
  • Cara2 memasaknya:

1.  Campurkan semua bahan B kedalam periuk dan masak hingga gula larut, tutup api dan sejukkan.  Panaskan kukus.

2.  Campurkan bahan A kedalam mangkuk, setelah sebati,  campurkan dengan bahan B yang telah sejuk atau suam tadi.  Tapis kan dan masukkan kedalam bekas/teko untuk memudahkan apabila dituang ke dalam acuan.
3.  Oleskan acuan dengan minyak dan kukus seketika.  Keluarkan dan masukkan adunan tadi dan kukus selama 20 min atau sehingga masak.
4.  Ambil bahan C dan kukus seketika.
5.  Akhir sekali, biarkan kuih sejuk, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan bersama kelapa.

*note: utk keluarkan kuih dr acuan, gunakan pisau yg tajam hujung(celupkan sedikit hujung pisau kedalam minyak) dan korek keliling acuan, kuih akan melunsur jatuh dengan mudah.