Wednesday, April 2, 2014

Puteri Ayu Strawberi


Resepi Puteri Ayu Strawberi:-
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan (1 kotak santan + air)
1 1/2 cawan gula - dikisar halus

4 biji telur
1 sk baking powder
1 sk ovellete
2 sb jem strawberi
3 warna kegemaran(saya guna pink, hujau dan kuning)
1/2 biji kelapa muda parut
2 sb tepung ubi
Secubit garam

Cara2 memasaknya:-

1. Ambil santan dan panaskan kedalam periuk sehingga mendidih, biarkan sejuk.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan putih dan masukkan ovellete dan jem strawberi, pukul lagi sehingga sebati.
3. Satukan tepung dengan baking powder. Masukkan tepung dan selang seli dengan santan dengan menggunakan senduk sehingga sebati.
4. Bahagikan 3 dan warnakan ikut suka.
5. Kukuskan kelapa dengan garam untuk lebih kurang 5 minit. Keluar dan sejukkan.

6. Masukkan 1-2 sk kelapa kedalam acuan dan tekankan dengan jari. Setelah itu masukkan adunan tadi berselang seli dengan cepat supaya warna tidak merebak. Kukus selama 10 minit. Setelah masak, biarkan sejuk dan boleh dikeluarkan dari acuannya.
#resepi #resepiMyajs

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.