Ikan Sumbat Sambal


Resepi Ikan Sumbat Sambal:-
  • 8 ekor ikan selar besar/ ikan caru
  • 10 biji lada merah/ pes lada kering
  • 1 biji bawang merah besar - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci belacan - ditumbuk
  • 2 btg serai - ambil bahagian putih dan ditumbuk halus
  • Jus limau secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula/ gula merah secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:-

1. Bersihkan ikan dan belahkan belakang ikan (buang insang dan isi perut ikan smpai bersih & jgn dipotong bahagian kepala)
2. Untuk sambal, campurkan bahan yg ditumbuk bersama lada (jika guna lada merah sila tumbukkan dulu ya). Campurkan dengan jus limau, garam dan gula (lebihkan sikit gula baru sedap)
3. Sumbatkan sambal kedalam ikan dan balutlah dengan daun pisang.
4. Panaskan kuali sebaiknya gunakan kuali 'non stick' atau kuali biasa, letakkan sedikit minyak dan goreng ala bakar ikan tersebut setelah masak terbalikkan ikan tersebut, gunakan api yg sederhana sahaja. Setelah masak bolehlah dihidangkan....