Sunday, April 6, 2014

Sardin Tempoyak

Sardin Tempoyak...mmg superlicious!
Resepinya...
1 tin sardin
1 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - dihiris
1 biji lada merah - dihiris serong
5 biji cili padi - diketuk
1 btg serai - diketuk
1 biji bawang merah - dihiris bulat
2 biji lada hijau - dibelah dua
1 sb cili sos
1 sb tomato sos
4 sb tempoyak
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara memasak:-

1. Tumiskan bahan yang di tumbuk, halia, cilipadi dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan kuah sardin dan tempoyak dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan sedikit air, tomato dan cili sos, biarkan sehingga mendidih. Setelah itu sesuaikan rasa dengan garam dan gula jika perlu.
4. Akhir sekali masukkan ikan sardin, bawang dan lada hijau. Siap!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.