Thursday, April 10, 2014

Tapai Pulut


Resepinya:-
3 cawan pulut - direndam 30min dan ditoskan
3 cawan air
1/2 keping ragi - ditumbuk untuk menghancurkan
Bekas yg bertutup
Tapis air
Towel/ kain

Cara2 membuatnya:-

1. Masukkan pulut ke dalam bekas dan masukkan air, pastikan air separas dengan pulut tersebut dan kukus sehingga pulut masak
2. Setelah masak, keluarkan dan ratakan ke atas dulang dan biarkan sejuk (kalau nak cepat boleh ketakkan dibawah kipas)
3.  Pastikan pulut benar-benar sejuk.  Masukkan ragi yang telah ditumbuk ke dalam tapis air dan ratakan ragi ke atas pulut tapi, setelah rata kesemua bahagian, terbalikkan pulut dengan menggunakan sudu dan tabur lagi keseluruhan pulut.

4.  Setelah itu, masukkan pulut kedalam bekas bertutup danbalutkan dengan kain/towel dan simpan dia tempat yg gelap (saya letak di dalam almari).  Setelah dua hari baru boleh dibuka untuk dimakan.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.