kuih Goyang/ Ros


Resepinya:-
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 cawan santan (dari 1 kotak kecil santan + air)
1/4 kapur
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:-
1. Satukan tepung dan telur, gaul rata.
2. Masukkan garam, kapur dan santan, kacau rata, lebih baik dengan menggunakan balloon whisk sehingga gula larut dan adunan halus dan sedikit pekat.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana kecil dan minyak banyak (pastikan minyak melepas paras acuan ros). Celupkan acuan buanga ros kedalam kuali setelah kuali panas untuk memanaskan acuan.
4. Setelah itu angkat dr minyak, toskan minyak sedikit dan celupkan acuan kedalam adunan tadi jangan sampai melepasi adunan hanya separa atau 3/4 sahaja.
5. Angkat dan celupkan kedalam kuali (tenggelamkan) biarkan seketika (jangan diangkat terlalu cepat dan jgn goyangkan acuan) setelah itu barulah diangkat acuan secara perlahan dan tepung adunan akan melepasi acuan tersebut dengan sendiri dan mudah).

Untuk mendapatkan bentuk bunga yg cantik, selepas diangkat letakkan acuan diatas bunga ros tadi untuk seketika baru lah diangkat.
 *Tip: 
1. Angkat atau terbalikkan ros yg sedang digoreng dengan hanya menggunakan sebatang lidi untuk tidak merosakkan bentuk bunga dan lebih ringkas.
2. Alaskan bekas dengan kitchen tissue utk meresapkan minyak dr ros tersebut, kuih ros akan sedikit lembut setelah dikeluarkan dr kuali dan akan keras setelah suam.