Tuesday, July 8, 2014

Homemade Wedges

Respinya:
  • Kentang
  • Kiub ayam secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Tepung gandum secukupnya
  • Lada hitam biji dan dikisar halus
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya:
  1. Cuci kentang dengan bersih dan rendamkan selama 10 minit dengan air suam dan sedikit garam.  Potong seperti memotong buah apel
  2. Masukkan air ke dalam periuk.  Letakkan sedikit garam dan kiub ayam.
  3. Masakkan air dan masukkan kentang yg telah dipotong.
  4. Rebus sehingga separuh empuk.  (Jgn terlalu empuk, ianya akan menjadi lembik)
  5. Bancuhkan tepung bersama serbuk lada hitam/lada hitam biji dan dikisar halus.  Gaul rata.
  6. Masukkan kentang sikit demi sedikit untuk ratakan tepung pada kentang. (JANGAN letak air!)
  7. Panaskan kuali dengan minyak yg banyak dan goreng sehingga keperangan.  Angkat dan tos kan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.