Karipap Roti Breadcrumb


Resepinya:
Untuk kulitnya:
Roti secukupnya
Acuan karipap
Breadcrumb/serbuk roti (ambil dari lebihan roti setelah diterap utk enjadikan karipap dan dikisar kering)
Telur

Intu Intinya:
1 biji bawang holland - dipotong dadu
4 biji telur
1/2 kotak susu segar
2-3 sk lada sulah (seelok elokknya ambil yg biji dan dikisar)
5 btg sausage kesukaan - dipotong bulat

Cara-cara membuatnya:


  1. Pecahkan telur dan tuangkan susu segar kedalam mangkuk dan dipukul.  Goreng dengan minyak yg sedikit ke dalam kuali sambil dikacau hancur sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang merah sehingga layu dan masukkan sausage.  Kacau sehingga sausage kekuningan.
  3. Masukkan telur tadi dan campurkan lada sulah.  Kacau rata dan tutup api.  Angkat dan ketepikan.
  4. Ambil roti dan gelekkan/tekan-tekankan dengan tangan.  Letakkan ke atas acuan karipap, letakkan inti dan ketap.  Buangkan yang berlebihan.  Ulang langkah sehinggan roti dan inti habis.
  5. Untuk menggoreng, boleh digoreng begitu sahaja atau celupkan ke dalan telur yg telah dipukul bersama sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit, angkat dan ratakan dengan breadcrumb. Goreng dan sedia dihidangkan.