Tuesday, July 8, 2014

Kek Minyak

 Sambil sambilan membakar kek minyak menggunakan pemanggang ajaib...senangnya....alhamdulilah 😇🌝
Resepinya:
2 1/2 tepung naik sendiri
1 sk baking powder
3 biji telur*
1 cawan susu cair*
1 cawan gula*
1 cawan minyak*
5 sb susu pekat*
1 sb ovellete*
1 sk esen vanila*

3 sb koko dan campurkan dengan sedikit air panas dan kacau sehingga larut/ pewarna coklat secukupnya.

Cara cara membuatnya:

  1. Masukkan ke semua bahan yang bertanda (*) dan pukul hingga kembang dan berwarna putih.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan baking powder dan pukul sehingga sebati.
  3. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian letakkan bancuhan koko/ pewarna coklat.
  4. Oleskan majerin pada pemanggang ajaib dan tuangkan adunan kek berselang seli.
  5. Bakar dengan menggunakan api kecil selama 15minit/ sehingga masak.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.