Puding Karamel/ Caramel Pudding (ver 1)


Resepinya:
Untuk karamel:-
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara caranya:
  1. Masukkan gula ke dalam kuali dengan menggunakan api sederhana, masak gula sambil dikacau sehingga menjadi perang, bila sudah perang, masukkan air dan kacau lagi sehingga gula tidak berketul dan halus/ smooth liquid.
  2. Masukkan karamel tadi ke dalam bekas kesukaan masing masing.  Sebaiknya bekas yg bertutup jika tidak bertutup pastikan ditutup dengan aluminium foil semasa mengukus untuk mendapatkan tekstur yg cantik.


Untuk puding:-
1 tin susu cair
1 tin air (sukatan dari tin susu cair)
3 sb susu pekat
1 sk esen vanila
5 biji telur

Cara caranya:

  1. Panaskan kukus dengan api besar sehingga mendidih, setelah mendidih kecilkan api kepada sederhana kecil.
  2. Masukkan susu cair, susu pekat, air dan esen vanila kedalam periuk.  Kacau sehingga susu pekat larut dan masak di atas api yg sederhana sehingga susu sedikit berbuih dibahagian tepi periuk. Ketepikan.
  3. Pukul telur sehingga sebati (tidak perlu sehingga kembang) dan masukkan susu yg dimasak tadi dan digaul rata.  Tapis bancuhan tersebut.
  4. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bekas yang telah diletakkan karamel tadi dan kukus selama 15min atau sehingga masak (jangan lupa untuk menutup bekas semasa hendak mengukus). Jangan kukus terlalu lama, selepas 15 minit boleh dibuka kukusan dan tengok tekstur puding tersebut kalau sudah memuaskan boleh tutup api.