Sunday, January 18, 2015

Ayam Percik Pantai Timiur

Resepi Ayam Percik Pantai Timur
Bahan untuk merebus ayam:
  • 1 ekor ayam
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Air untuk merebus
 Bahan-bahan untuk kuah: 
  • 2 biji bawang merah besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • 3 inci Halia*
  • 6 batang serai*
  • 2-3 keping asam keping
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  Cara-cara membuatnya:
  1. Dari bahan merebus ayam, kisarkan bawang putih dan halia dan lumurkan pada ayam.
  2. Masukkan kesemua kedalam periuk bersama air, asam keping dan garam dan rebus sehingga masak. Ketepikan
  3. Kisar bahan-bahan untuk kuah, masukkan santan, sedikit air, gula, garam dan asam keping.  Masak sehingga
    pekat.
  4. Bakar/ grill ayam, sapukan kuah ke atas ayam setelah kuah meresap, terbalikkan dan sapukan lagi kuah di bahagian sebelahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.