Kek Pisang Mikromini

Kek Pisang
Resepinya:
  • 4 biji pisang berangan - dilecek
  • 4 biji telur (kalau guna gred A cuma guna 3 sahaja)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung naik sendiri/ self raising
  • 1 cawan minyak masak
  • 3-4 sk serbuk kayu manis/cinnamon
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk esen pisang
  • Chocolate rice secukupnya
Cara-cara membuatnya:


  1. Ayakkan tepung bersama soda bikarbonat, ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula, minyak dan pisang, esen dan serbuk kayu manis ke dalam blender dan kisar sehingga larut.
  3. Tuangkan adunan bersama tepung dan chocolate rice dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam bekas kegemaran atau ke dalam paper cup (tuangkan adunan penuh), tabur kan chocolate rice ke atas adunan tadi  dan kukus selama 10-15 minit. (Pastikan air kukusan telah mendidih, sederhana kan api barulah di kukus adunan tadi).