Friday, January 9, 2015

Kuih Tiram Rangup

Kuih Tiram Rangup
Resepinya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sb majerin
  • 1/2 sk garam
  • 1/3 cawan air sejuk (air yang dalam peti sejuk)
  • Gula secukupnya (dikisar halus)/ gula icing
  • 5 sb tepung jagung
  • 5 sb minyak masak
Cara-cara membuatnya: 
  1. Campurkan tepung jagung dan minyak sehingaa sebati dan ketepikan.
  2. Campurkan tepung gandum, telur, garam dan majerin.  Gaulkan sehingga sebati, setelah itu masukkan air sikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang licin dan bulat-bulatkan doh kepada bahagian kecil.
  3. Canai doh sehingga nipis, sapukan batter tepung jagung ke atas doh yang telah di canai dan gulung padat doh tadi.
  4. Potong kecil doh yang telah digulung, kemudian roll kan menegak (seperti di gambar).
  5. Goreng seperti biasa sehingga warna keemasan, angkat dan toskan.  Biarkan sejuk dan taburkan lah dengan gula.  Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.