Sunday, January 4, 2015

Mee Teow Goreng Kerang

Mee Teow Goreng Kerang
Resepinya:
  • 4 bj bawang putih -diketuk n cincang
  • Paste lada kering secukupnya
  • *Cili sos
  • *Sos tiram
  • *Kicap manis
  • 1 kg Mee teow
  • Kerang secukupnya
  • Udang secukupnya - buang kepala dan separuh kulit, cuci dan rebus kulit n kepala udang (air rebusan ini untuk membasah mee)
  • Fish ball - dibelah dua
  • Taugeh secukupnya
  • Daun kucai - dipotong pjg2
Cara-cara memasak: 
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih, setelah naik bau masukkan paste lada kering dan tumis sehingga garing. Masukkan semua bahan yg bertanda (*).  Tumis lagi.
  2. Masukkan kerang, fish ball dan tuangkan sedikit air rebusan dan biarkan sehingga mendidih dan pekat semula/sehingga kerang masak.  
  3. Masukkan udang.Masukkan mee, taugeh, kucai dan kacau rata.
  4. Masukkan air rebusan  ikut citarasa nak basah mcmana, kacau sehingga mendidih, sesuaikan rasa dengan 3 bahan (*), tidak perlu letak garam dan bolehla diangkat untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.