Sunday, January 18, 2015

Pulut Panggang

Pulut Panggang
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pulut:
  • 1 kg beras pulut - di cuci dan direndam selama 3 jam
  • 3 cawan santan
  • secubit garam
  • Daun pisang secukupnya - di lap dan di alurkan di atas api supaya lembut dan dipotong segiempat tepat.
  • Stapler
Cara-cara membuatnya:
  1. Toskan beras pulut dan kukus selama 30 min, keluarkan dan campurkan dengan santan dan garam.  Kukus lagi sehingga masak.
Bahan-bahan untuk serunding ikan:

  • 1 kg ikan mata besar/ kembung
  • 4 keping asam keping
  • 2 cawan santan pekat
  • 8 biji bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu besar lada hitam biji*
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa jenama maggie - jika suka
Cara-cara membuatnya:

  1. Bersihkan ikan dan rebus bersama 2 keping asam keping dan sedikit garam sehingga masak.  Setelah itu toskan, bila sejuk buangkan tulang ikan.
  2. Tumbukkan ikan tersebut/ dikisar
  3. Kisarkan bahan yang bertanda (*).
  4. Masukkan ke semua bahan yang dikisar, ikan, santan, garam, gula, perasa dan lebihan asam keping ke dalam periuk/ kuali dan masak sehingga kering berderai seperti serunding.
  5. Isikan pulut ke atas daun pisang, leperkan pulut dan letakkan serunding di atasnya dan balut, staple.
  6. Bakar/ grill kan ke atas kuali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.