Friday, June 24, 2016

Ayam Serai


Resepi Ayam Serai
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil, di gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam
  • 10 batang serai - dititik
  • Daun kari secukupnya
  • 3 sb pes lada kering - ikut kepedasan masing²
  • 4 bj bawang merah besar*
  • 4 bj bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1½ inci belacan*
  • Kicap manis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Memasak:
  1. Gorengkan ayam (jangan sampai garing), ketepikan.
  2. Kisarkan bahan yang bertanda (*)
  3. Gunakan minyak menggoreng ayam tadi dan panaskan dan masukkan serai dan goreng hingga kuning, setelah itu masukkan daun kari, biarkan seketika.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing dan terbit minyak.
  5. Masukkan kicap, garam dan gula.  Akhir sekali masukkan ayam dan kacau rata.  Siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.