Sunday, June 26, 2016

Sambal Goreng Pengantin 2



Resepi Sambal Goreng Pengantin 2
Bahan-bahannya:

  • 1kg Daging }
  • 1kg Paru }
  • ½ kg Hati lembu }- di rebus, di potong kiub dan di goreng sebentar
  • 1kg Udang - dikopek kulit dan digoreng sebentar
  • 8 bj bawang merah besar*
  • 10 bj bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 8 btg serai*
  • 6 bj lada merah*
  • 6 bj lada hijau*
  • 3 senduk nasi pes lada kering
  • 2 inci belacan
  • 2 bj santan 
  • 1 sudu besar penuh asam jawa
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Bawang kecil secukupnya-dihiris dan goreng
Cara-cara memasak:
  1. Hiriskan semua bahan yang bertanda (*).  Ketepikan
  2. Ramaskan asam jawa bersama santan dan belacan.  Ketepikan.
  3. Gorengkan lada merah dan lada hijau seketika.  Ketepikan.
  4. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan yamg telah dihiris kecuali lada merah dan lada hijau.
  5. Tumis sehingga garing dan layu, masukkan lada kering dan tumis sehingga naik minyak.
  6. Masukkan santan yg telah diramaskan demgan belacan dan asam jawa.  Biarkan sehingga mendidih.
  7. Masukkan daging, paru dan hati sehingga kuah pekat.  Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  8. Akhir sekali masukkan lada merah, lada hijau dan bawang goreng beserta minyak gorengannya sekali.
  9. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.