Friday, June 24, 2016

Stew Daging


Resepi Stew Daging
Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging - di potong kiub
  • 2 bj bawang merah besar*
  • 3 bj bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sb penuh pes lada kering 
  • 1 sb penuh rempah kari
  • 1 sb penuh tomato puri
  • 1 sb penuh tomato sos
  • 2 sb susu cair
  • 1 sb kicap manis
  • Daun sop Dan daun bawang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji kentang - dipotong kiub besar Dan digoreng seketika
  • 2 biji lobak merah - dipotong kiub besar
Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan bahan yang bertanda (*).
  2. Panaskan periuk bersama minyak dan tumis bahan yg di kisar sehingga garing, setelah itu masukkan pes lada kering dan tumis lagi sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan rempah kari dan daun sop bersama daun bawanh, tumis lagi hingga garing.
  4. Masukkan tomato sos, sos tomato, kicap manis dan susu cair, kacau seketika dan masukkan daging, kecilkan sedikit api dan tutup periuk, biarkan sehingga daging empuk, jika belum empuk boleh tambah kan sedikit air dan masukkan bersama kentang dan lobak merah.  Masak sehingga empuk.
  5. Biarkan sedikit pekat.  Taburkan daun sop sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.