Homemade Tau Fu Fah

Resepinya:
  • 2 litre air kacang soya (dalam kotak)
  • 1/3 agar2 (18gm)
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
Cara cara membuatnya:
  1. Masakkan agar-agar bersama air sehingga agar2 larut.
  2. Masukkan air kacang soya, daun pandan dan kacau, kecilkan api semasa ini, kacau sehingga sedikit mendidih, tutup api dan tapis kan ke dalam bekas.
  3. Sejukkan pada suhu bilik setelah itu masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

Untuk air gula:
  1. Masakkan 2 buku gula melaka, 2 helai daun pandan dan 2 cawan air, masakkan sehingga gula larut dan tapis.  Siap! Sejukkan kesemua, dan makan semasa sejuk, amat enak dan nyaman. Insha Allah.