Wednesday, November 30, 2016

Kuih Bakar Pandan


Resepinya:

2 cawan Tepung gandum


2 cawan Santan
1 cawan Air pandan (Rebus daun pandan dan ambil air nya)
3 biji Telur
1 cawan Gula
2 sb Minyak Sapi
1/2 sk Garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan secukupnya


Cara-cara memasaknya:

1. Campurkan tepung, telur, santan, air daun pandan, gula, garam dan minyak sapi.
2. Kacau adunan sehingga sebati atau bolehlah di kisar sehingga halus. Jika tidak dikisar adunan tadi hendaklah di tapis dahulu.
3. Oleskan Periuk Ajaib dengan minyak sapi pada ke dua bahagian dan panaskan dengan api sederhana, setelah panas, kecilkan api dan tuangkan adunan. 
4.  Taburkan bijan ke atas adunan.  Tutup periuk dan biarkan masak sehingga 30 minit. Setelah 30 min boleh di terbalikkan, angkat penutup dan oleskan minyak sapi di bahagian atas kuih (lakukan pada kedua bahagian kuih). teruskan memasak kuih sehingga mengikut kesukaan anda.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.