Resepinya:
- 2 sudu besar mentega
- 1 biji bawang besar Holland - potong dadu
- 1 ยฝ sudu besar tepung gandum
- 1 kiub pati ayam Knorr
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 cawan air
- 2 sudu besar lada hitam kisar kasar
- ยฝ sudu besar kicap pekat
- Garam - jika perlu
Cara cara memasak:
- Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau rata.
- Masukkan kiub pati ayam, sos cili, sos tomato dan 2 cawan air.
- Masukkan lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata. Angkat dan masukkan ke dalam blender dan kisar halus.
- Tuang semula sos yang dikisar ke dalam kuali dan kacau seketika sahaja kerana kuah akan menjadi pekat.