Sunday, October 17, 2010

Lempeng

Lempeng....yang jarang-jarang kita jumpa sekarang ni, kadang-kadang kita terlepas pandang yang lempeng sungguh enak dan senang di sediakan dan ianya juga satu sajian pagi yang sungguh berkhasiat kalau nak di comparekan dengan mee goreng atau nasi goreng. Untuk ibu-ibu yang busy bekerja dan tak cukup masa (nak makeup, nak gosok baju nak cari accesories etc) boleh lah mencuba masakan lempeng ni.  Lempeng juga adalah sajian yang berkhasiat untuk otak kita.  Sedap dimakan bersama sambal tumis.

Bahan-bahannya
  • 1 kg Tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning/ kunyit serbuk
  • Air secukupnya
  • Butter atau planta

Cara-cara memasak
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan gaulkan dengan senduk  hingga sebati.
  2. Campuran tadi hendaklah cair sedikit.
  3. Panaskan kuali atau flat pan, sapukan diatasnya sedikit butter/ planta.
  4. Bila cukup panas, tuangkan sesenduk bancuhan tadi dan layangkan kuali untuk membuat bentuk bulat.
  5. Terbalikkan lempeng (sebelum di terbalikkan, hendaklah di sapukan atau di layangkan sedikit butter/ planta).
  6. Angkat jika cukup masak, biar kan sejuk sesudah itu boleh lah di gulung.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.