Saturday, May 7, 2011

Kebab Daging

Kebab Daging
    Bahan-bahannya:
    • 1/2 kg daging lembu direbus dan dihiris nipis
    • 1 biji bawang kuning - dihiris nipis
    • 2 biji bwang putih - diketuk
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam 
    • 2 sudu besar rempah kari daging
    • 1 sudu besar tomato sos
    • 2 sudu besar cili sos
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1/2 sudu kecil pewarna merah
    • Minyak untuk menumis
    Hiasan
    • 1 biji Tomato - dihiris bulat
    • Daun salad
    Cara-cara mebuatnya:
    1. Tumiskan bawang putih setelah  naik bau masukkan bawang dan tumis hinnga layu. Masukkan serbuk kari dan lada hitam, tambah kan sedikit air rebusan daging.  Tumis hingga garing dan masukkan daging yang telah direbus.  
    2. Masukkan lagi sedikit air rebusan daging dan tumis lagi, masukkan sos tiram, cili sos dan tomato sos.  Tumis hingga mesra.
    3. Akhir sekali masukkan pewarna merah kedalam tumisan tadi.  Setelah semua mesra dan kering sedikit bolehlah diangkat dan dihiaskan bersama roti dan lagi sedap kalau menggunakan roti pita.

    Sunday, May 1, 2011

    Ayam Masak Briyani

    Ayam Masak Briyani
    Bahan-bahannya:
    • 1 ekor ayam di potong 14 - digaul bersama serbuk kunyit serbuk dan garam-digoreng 3/4 masak sahaja.
    • 1 paket kecil rempah penumis
    • 1 paket kecil rempah briani (ADABI)
    • 5 sudu besar madu
    • 3 sudu besar tomato puri
    • 5 sudu besar tomato sos
    • 1/3 tin susu cair
    • Garam secukup rasa
    • 1 cawan air panas
    Bahan untuk dikisar
    • 3 biji bawang merah besar
    • 3 biji bawang putih
    • 4 cm halia
    • 10 biji lada hijau
    Untuk hiasan
    • Daun ketumbar
    • Daun pudina
    • Bawang goreng
    • Kismis (hitam atau kuning)
    • Gajus 
    Cara-cara memasak
    1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali. Tumiskan rempah penumis dan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lagi hingga pecah minyak
    2. Masukkan susu cair, tomato puri, tomato sos dan madu. kacau sebentar, setelah itu masukkan ayam yang telah digoreng.  Seterusnya masukkan 1 cawan air panas, kecilkan  api dan biarkan ia mereneh.  Setelah itu masukkan daun ketumbar, dan daun pudina beserta bawang goreng dan garam.  Setelah cukup rasa boleh lah diangkat dan ketepikan.
    3. Panas kan kuali kecil bersama sedikit minyak.  Gorengkan gajus setelah kekuningan tutup api dan masukkan kismis, gaul sebentar dan masukkan kesemua bahan bersama minyak kedalam periuk lauk tadi.