Monday, January 30, 2012

Ikan Masak Lemak Berempah

Ikan Masak Lemak Berempah
Bahan-bahannya:-
  • 1 kg ikan (apa-apa ikan pun boleh) - dibersihkan dan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 1/2 kotak santan (lebih kurang 100ml)
  • 2 keping asam keping
  • Perasa Maggie 'cukup rasa'
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan untuk dikisar
  • 2 biji lada hijau
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 kunyit
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan kasar
  • 4 biji buah keras
Cara-cara memasak:-
  1. Goreng ikan (tak perlu terlalu garing)
  2. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing, masukkan serai, daun kunyit dan asam keping. Ditumis sebentar.
  3. Masukkan santan dan ikan yang telah digoreng dan masaklah sehingga kuah mendidih, tambahkan garam, gula dan perasa.  Tutup api dan boleh lah dihidangkan

Sambal Asam


Resepi Sambal asam ni boleh lah dimakan bersama pucuk ubi yang telah direbus dan ikan bakar...
Bahan-bahannya:-
  • 6 biji lada merah - dikisar
  • 4 biji cili padi - dikisar
  • 2 sudu besar asam jawa - dicampurkan dengan air dan diambil jusnya
  • 1 inci belacan - dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya:-
  1. Kisarkan kesemua bahan dan masukkan sekali garam dan gula (lebihkan sedikit gula).
  2. Setelah dikisar, bolehlah dimasak seketika diatas api tapi jika taknak dimasak pun boleh juga.

Sunday, January 29, 2012

Nasi Goreng Daging Merah


Resepi untuk daging merah......
Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging - dicuci dan direbus hingga empuk (masukkan sedikit pewarna merah ketika merebus daging)
  • 2 biji bawang merah/ kuning - dihiris mayang
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 4 biji lada merah - dimayang
  • 4 biji lada hijau - dimayang
  • 1 inci halia - dibelah dua dan diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • sos tomato dan sos cili - secukup rasa
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil daging yang direbus tadi dan dihiris-hiris (simpan air rebusan daging)
  2. Panaskan kuali dan letakkan minyak untuk menggoreng daging.  Goreng daging hinnga separuh garing.  Masukkan lada merah, lada hijau, bawang merah, bawang putih dan halia, tumis sekali hingga bahan layu.
  3. Setelah layu dan naik bau, masukkan sos tiram, sos ikan, sos tomato dan cili dan gula secukup rasa.  Tumis sehingga sedikit kering dan boleh lah diangkat.

Friday, January 27, 2012

Laksa Penang

Laksa Penang
Bahan-bahannya
  • 1 kg ikan kembong - direbus
  • 1 tin ikan sardin - diambil ikannya saja, dicuci dan dihancurkan
  • 2 batang bunga kantan - dibelah dua
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 inci lengkuas
  • 2 sudu besar petis (shrimp paste/ otak udang)
  • Daun kesom
Bahan yang dikisar
  • 3 bawang merah besar
  • 3 bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci belacan
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Untuk hiasan
  • 2 batang nenas - dipotong panjang
  • 1 biji timun - dipotong panjang
  • Daun kesom - di potong halus
  • 1/2 biji bawang kuning - dihiris halus
  • 1 batang bunga kantan - dihiris halus
  • Limau kasturi - dibelah dua
  • 2 batang lada merah - dihiris halus
Cara-cara memasak:-
  1. Asingkan isi ikan dan dihancurkan.  Ambil tulang ikan kesemuanya dan dikisar bersama air rebusan ikan.  Tapiskan, masukkan kedalam periuk yang berisi, isi ikan tadi dan air rebusan ikan.  Masukkan jugak ikan sardin yang telah dibasuh (dibuangkan tulang tengah ikan).
  2. Campurkan bahan ikan tadi bersama bersama bahan yang dikisar, serai, bunga kantan, asam keping, daun kesom, petis dan lengkuas.  Masakkan diatas api yang perlahan. dah siap. . . . . . .bila hendak dihidangkan bolehlah diletakkan petis lagi jika suka..

Tuesday, January 24, 2012

Agar-agar Santan Nescafe

Agar-agar Santan Nescafe
Bahan-bahannya:-
  • 1 bungkus agar-agar (direndam seketika)
  • 5 cawan air
  • 2 sudu kecil nescafe
  • 1 cawan gula 
Bahan dikisar
  • 1/2 kotak santan
  • 1 biji telur
  • sebucit garam
Cara-cara memasak:-
  1. Masakkan agar-agar bersama air dan gula hingga agar-agar larut dan ditapis.
  2. Masukkan semula agar-agar yang ditapis kedalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar.  Masakkan sehingga mendidih, setelah itu tutup api dan bolehlah dimasukkan kedalam acuan kegemaran.  Biarkan sejuk sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

Saturday, January 21, 2012

Gulai Ikan Tongkol

Gulai Ikan Tongkol
Resepi Gulai Ikan Tongkol ini, bolehlah dimakan bersama Nasi Dagang 
Bahan-bahannya:-
  • 5 keping ikan tongkol 
  • 3 sudu besar rempah kari ikan(saya gunakan rempah kari BABAS)- dibancuhkan dengan sedikit air
  • Daun Kari
  • 2 biji lada merah - dibelah dua
  • 2 biji lada hijau - dibelah dua
  • 5 biji cili padi - tidak dibuang tangkai
  • 1/2 kotak santan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perasa Maggie 'cukup rasa'
  • 2 keping asam keping
Bahan-bahan untuk dihiris:-
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan untuk dikisar:-
  • 5 biji lada hijau
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan halus/ manis
  • 1 inci kunyit 
  • 2 inci kayu manis
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bahan yang dihiris hingga kekuningan dan masukkan bahan yang dikisar, rempah kari ikan, asam keping, daun kari dan tumis sehingga garing.
  2. Setelah garing, masukkan santan dan ikan, jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kuah mendidih.
  3. Setelah kuah mendidih, kecilkan api, masukkan lada merah, lada hijau, cili pada, garam, gula, perasa maggie dan biarkan lagi sehingga ikan cukup masak.  Setelah masak bolehlah dihidangkan.

Nasi Dagang

Nasi Dagang
Resepi nasi dagang ini boleh digandingkan dengan lauk Gulai Ikan Tongkol.
Bahan-bahannya:-
  • 5 cawan beras nasi dagang - dicuci dan direndam 1-2 jam
  • 2 kotak santan
  • 2 biji bawang merah - dihirs
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 sudu kecil halba
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:- (3 kali kukus)
  1. Toskan beras yang direndam dan dikukus sehingga nasi 1/2 masak.  Setelah itu keluarkan dan masukkan kedalam mangkuk besar/ besen dan campurkan 5 cawan air (air + 1 1/2 kotak santan)biarkan sehingga santan menyerap pada beras dan kukus lagi selama 10 min. (kalau ada lebihan santan yang tidak meresap, jangan dibuang, simpan untuk step seterusnya untuk dicampurkan dengan lebihan santan)
  2. Setelah 10 minit, keluarkan dari kukus dan masukkan lagi kedalam mangkuk besar/ besen dan campurkan dengan serai, bawang merah, bawang putih, halia, garam, halba dan santan yang selebihnya, biarkan seketika untuk santan menyerap pada beras/nasi.  Kukus lagi 10 minit sehingga nasi masak.

Friday, January 20, 2012

Ayam Yogurt Berempah

Ayam Yogurt Berempah
Bahan-bahanya:-
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 cawan yogurt/ tairu
  • 1-2 sudu makan jus limau
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun ketumbar
Bahan untuk dikisar
  • 1 sudu makan serbuk cili/ 10 biji cili padi
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 paket rempah penumis
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan kesemua bahan tumis, yogurt, ayam dan masak sehingga empuk.  Boleh ditambahkan sedikit air jika kuahnya terlalu pekat.
  2. Setelah ayam masak, masukkan jus limau, garam, gula dan daun ketumbar dan sedia untuk dihidang.

Labu Masak Lemak Lada Hitam


Masak Lemak labu Lada Hitam

 Resepi ini adalah resepi sezaman kegeraman keluarga, sungguh membuka selera, lagi lagi kalau dimakan bersama ikan goreng dan sambal belacan....

Bahan-bahannya:
  • Labu - bersihkan, buangkan kulitnya dan dipotong kecil
  • Daun selasih
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kotak santan
  • 1 kiub ayam maggie
  • 1 batang Lada merah - dihiris
Bahan untuk dikisar
  • 1 biji bawang merah 
  • 1/2 inci kunyit 
  • 2 sudu kecil lada hitam
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali santan, masukkan hanya 1/2 kotak dan biarkan hingga mendidih.  Setelah mendidih masukkan lebihan santan dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, January 19, 2012

Sambal Ketuk

Sambal Ketuk
Resepi yang terlalu simple....tapi give u 'kick' effect.  Makan dengan nasi panas-panas aje pun sedapppp.  Pada asalnya sambal ni mengunakan lada hijau aje, tapi saya dah terbabas gunakan lada merah sekali :) wink2!
Bahan-bahannya:-
  • 4 biji lada merah
  • 4 biji lada hijau
  • 1/2 cawan ikan bilis - dibersihkan dan di goreng
Cara-cara membuatnya:-
  1. Tumbuk kesemua bahan atau kisar, gunakan pengisar kering.

Wednesday, January 18, 2012

Satar

Satar
at last...dapat juga makan satar yang di idamkan, tapi sebelum tu nak minta maaf sebab tidak ada sukatan(letak ikut gerak hati je :))insyallah next cooking saya catitkan sukatannya.
Bahan-bahannya:
Ikan dikukus
  • 1 kg ikan kembung - dikukus, ambil isinya sahaja dan dihancurkan
  • 2 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 2 cm halia - dihiris panjang dan halus
  • Serbuk lada
  • Kelapa parut
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air asam jawa
  • Daun pisang untuk membungkus
Bahan tumbuk/ kisar kering
  • Lada Merah
  • Lada Hijau
  • Bawang merah
  • 16 biji buah Keras
  • 1 inci belacan
Cara-cara membuatnya:-
Satar yang telah dibungkus, sorry en
satar kerana terpaksa tukar bentuk
  1. Gaulkan kesemua bahan bersama bahan yang diikisar/ ditumbuk. (rasa dahulu sebelum dimasukkan kedalam daun pisang, lebihkan sedikit rasa manis).
  2. Setelah siap rasa, bolehlah dibungkus didalm daun pisang dan dibakar....banyak cara membakar/menggeril.  Selalunya dibakar seperti membakar satay, tetapi saya membakar hanya menggunakan kuali (non-stick the better).  Letakkan kedalam kuali dengan api yang kecil (tidak terlalu kecil) ditutup dan dibiarkan sehingga daun pisang layu dan kekuningan, terbalikkan satar tersebut dan ditutup lagi sehingga masak......

Tuesday, January 17, 2012

Ayam Kalio Percik


Resepi untuk Ayam Masak Kalio Percik
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 2 keping asam keping
  • Daun limau purut/ daun kunyit
  • 2 biji kentang
  • 1/3 tin susu cair
Bahan kisar
  • 15 batang lada kering (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak:
  1. Tumis bahan kisar hingga garing bersama asam keping.
  2. Setelah garing masukkan ayam, daun limau purut, susu cair dan kentang.  kecilkan api, tutup periuk/kuali dan biarkan mereneh sehingga ayam dan kentang cukup masak.
  3. Setelah masak, masukkan garam dan gula secukup rasa...

Saturday, January 14, 2012

Nasi Briani

Nasi Briani
Untuk resepi ini saya gunakan beras Mogul Basmathi Faiza
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan beras basmathi (Mogul Basmathi Faiza)
  • 2 cawan (1 1/2 cawan air + 1/2 susu cair)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • Sedikit minyak masak
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 1 biji bawang merah - dihiris 
  • 1 biji bawang putih - diketuk
  • 1/2 inci halia - dihiris panjang
  • 1 sudu besar sunquick
  • 1 sudu besar madu
  • Daun pandan - dicuci dan disimpul
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning
Hiasan
  • Daun ketumbar
  • Kismis
  • Bawang goreng
Cara-cara memasak
  1. Cuci beras, setelah itu rendamkan beras selama 10 minit setelah itu ditoskan dan dimasukkan kedalam 'rice cooker'
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan minyak sapi, tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama rempah penumis hingga garing.
  3. Setelah garing masukkan air + susu cair, sunquick, madu dan garam secukup rasa, setelah mendidih, masukkan kedalam 'rice cooker' yang berisi beras.  Gaul rata dan masak nasi seperti biasa.
  4. Setelah nasi masak, buka penutup 'rice cooker' dan renjiskan pewarna kuning di atas permukaan nasi tadi dan taburkan daun ketumbar, bawang goreng dan kismis.
  5. Nasi yg telah masak dan direnjiskan
    pewarna kuning
  6. Tutup penutup 'rice cooker' dan biarkan lebih kurang 10 minit sebelum dihidangkan.

Thursday, January 12, 2012

Chicken Samosa/ Samosa Ayam

Chicken Samosa/ Samosa Ayam
Resepi yang mudah dan comel....
Bahan-bahannya:-
Inti Samosa
  • 2 cawan Daging ayam cincang
  • 2 cawan Sayur campur (kacang pees, jagung dan karot)
  • 1 biji bawang merah - dihiris nipis
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil perasa maggie 'cukup rasa'
  • 2 sudu kecil ketumbar - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan manis - dikisar
  • 1 biji telur - dipukul
  • Kulit popiah secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara memasak inti samosa:-
cara melipat kulit popiah
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan halus dan lada sulah sehingga garing. Setelah garing masukkan rempah kari (jika terlalu kering bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air) dan kacau lagi hingga rempah garing.
  2. Setelah garing, masukkan sayur campur dan ayam, perasa maggie dan garam secukup rasa. Kecilkan api dan tutup periuk sedikit untuk memasakkan ayam dan sayur tadi.
  3. Setelah masak, besarkan semula api dan masukkan telur dan kacau lagi sehinnga telur masak.  Setelah itu, keluarkan dan sejukkan sebelum dimasukkan kedalam kulit popiah.
Popiah yang boleh disimpan dan
sedia untuk digoreng pada bila-bila masa

Sayur Capcai

Sayur capcai
Resepi yang paling mudah untuk dimasak...
Bahan-bahannya:-
  • 1 biji bawang merah - dihiris bulat
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 1 biji lada merah - dihiris serong
  • 4 biji cili padi - diketuk
  • 200gm udang - dibuang kepala dan kulit
  • 3 sudu besar sos tiram/ secukup rasa
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 gelas air
  • 1 sudu besar tepung + sedikit air
Sayur-sayuran
  • Sayur kacang pees
  • Bunga kobis
  • Brokoli
  • Capsicum - dipotong panjang
  • Karot - dipotong panjang
  • Tomato - dipotong 8
  • Baby jagung - dibelah dua dan dipotong dua
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan lada merah hingga garing.
  2. Masukkan udang, sos tiram dan sos ikan.  Kemudian masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali tomato.
  3. Masukkan air dan biarkan hingga sayur masak.  Setelah masak, masukkan tomato dan akhir sekali masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.  Setelah kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sunday, January 8, 2012

Sambal Tumis Udang Santan Daun Kunyit

Sambal Tumis Udang Santan Daun Kunyit
Dah bosan dengan sambal tumis udang? bolehlah cuba resepi ini a bit different tapi sedap...
Bahan-bahannya:
  • 1/2 kg udang - digunting bahagian ekor dan separuh kepala
  • 5 sudu besar lada kisar (boleh tambah jika suka)
  • 1 biji bawang merah - dikisar
  • 1 inci belacan - dikisar
  • 2 sudu besar santan pekat
  • Sehelai daun kunyit - dirajik
  • Sos tomato secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan lada kering dan bahan kisar hingga garing.  Setelah garing masukkan santan dan sos tomato.
  2. Setelah itu masukkan udang dan daun kunyit, biarkan sebentar untuk udang masak.  Setelah masak masukkan garam dan gula secukup rasa.

Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina
Resepi yang mudah, cepat dan boleh digandingkan dengan bermacam-macam lauk...
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan nasi - lebih sedap jika nasi tersebut disejukkan dahulu atau dimasukkan kedalam peti sejuk semalaman.
  • 2 biji bawang merah - dihiris bulat
  • 2 biji lada merah - dihiris serong
  • 2 biji lada merah - dihiris serong
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 cawan sayur campur
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu Perasa Maggie Cukup Rasa
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan bawang merah, lada merah, lada hijau, sayur campur dan lada sulah.  Tumis hingga bahan garing.
  2. Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan garam.  Gaul rata dan masukkan nasi, gaul hingga rata dan cukup rasa.  Bolehlah dimakan begitu saje atau dengan sambal tumis udang pun sedapp...

Saturday, January 7, 2012

Sambal Tumis Telur

Sambal Tumis Telur
Resepinya....
Bahan-bahan:-
  • 10 biji telur - direbus dan dikupas kulitnya
  • 1 cawan lada kering kisar
  • 2 biji bawang merah - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1 biji bawang merah -dihiris bulat
  • 1 inci belacan
  • Sos tomato secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bahan yang dikisar dan lada kering sehingga garing dan masukkan sos tomato, garam dan gula.
  2. Setelah semua rasa cukup, masukkan telur rebus tadi.  Akhir sekali masukkan bawang yang dihiris...

Thursday, January 5, 2012

Sayur Goreng Jawa

Sayur Goreng Jawa
Resepi Sayur Goreng Jawa
Bahan-bahannya:
  • 10 batang sayur kacang panjang - dihiris serong 
  • 1 biji bawang merah besar - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar udang kering - ditumbuk
  • 200 gram udang basah (kalau tak letak pun takpe, kalau letak lagi sedap)
  • 2 batang serai - dihiris nipis 
  • 3 biji lada merah - dihiris serong
  • 3 biji lada hijau - dihiris serong
  • 4 keping tempe (yang dibungkus dalam daun pisang) - dipotong dadu 
  • 3 keping tahu - dipotong dadu
  • 4 keping hati - digoreng bersama sedikit rempah kari dan garam 
  • 3 keping mempedal - digoreng bersama sedikit rempah kari dan garam 
  • 1 paket suun dan tahu kering - direndam (dipotong-potong sedikit)
  • 1/2 kotak santan
  • 1/2 inci belacan
  • 1-2 sudu kecil pes asam jawa (ikut citarasa)
  • Perasa Maggie 'Cukup Rasa'
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Goreng tahu, tempe, hati dan mempedal (digoreng satu persatu) hingga garing.  Untuk hati dan mempedal setelah siap digoreng hendaklah dipotong dadu.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama udang basah dan serai, tumis sehingga naik bau kemudian masukkan kesemua bahan iaitu, sayur kacang panjang, tahu, tempe, hati, mempedah, lada merah, lada hijau, suun dan tahu kering. 
  3. Gaulkan belacan(hancurkan) kedalam santan bersama pes asam jawa kemudian masukkan semuanya kedalam bahan gorengan tadi.  Boleh lebihkan sedikit santan tadi kepada 2-3 cawan.  
  4. Masaklah sayur tadi hingga kuah pekat dan akhir sekali masukkan bahan perasa, garam secukup rasa.  Siap, dah boleh lah dihidangkan.

Serunding Kelapa Udang Kering


Resepinya....
Bahan-bahan:-
  • 1 biji kelapa parut - dikeringkan didalam kuali sehingga kekuningan (supaya boleh tahan lama)
  • 3 sudu besar lada kisar
  • 3 sudu besar udang kering - dikisar
  • 1 biji bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 21/2 sudu besar ketumbar - dikisar
  • 1 sudu besar jintan halus - dikisar
  • 1 sudu besar jintan kasar - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • 1 inci lengkuas - dikisar
  • 1 inci kunyit - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-

  1. Tumis bahan yang dikisar bersama lada kering sehingga garing dan masukkan kelapa, kacau hingga sedikit kering.
  2. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa (lebihkan sikit gula baru sedap dan jangan biarkan terlalu kering).  Siap untuk dihidangkan.......

Tuesday, January 3, 2012

Tempe Berlada

Tempe Berlada
Bahan-bahannya:-
  • 2 keping tempe (bukan yang dalam daun pisang) - dipotong nipis dan digoreng
  • 1 biji bawang merah - dihiris bulat
  • 10 biji bawang putih - dihiris nipis dan digoreng
  • 1 cawan ikan bilis - dibuang kepala, dibelah dua, dicuci, di rendam 5 min, toskan dan digoreng
  • 10 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
  • 4 biji bawang putih - dikisar
  • Jus limau secukup rasa/ cuka 'apple cider'
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan lada kering dan bawang putih hingga garing.
  2. Masukkan jus limau dan tumis lagi.
  3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan semua bahan yang digoreng (tempe, ikan bilis dan bawang putih goreng beserta bawang yang dihiris).


Tempe Berempah Dengan Breadcrumb


Bahan-bahannya:-
  • 2 paket tempe (bukan yg dalam daun pisang)  - dipotong seperti digambar (mouth bite)
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci kunyit - dikisar
  • 2 sudu kecil ketumbar - dikisar
  • 1/2 sudu kecil jintan halus - dikisar
  • 1/2 sudu kecil jintan kasar - dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Breadcrumb secukupnya
Cara-caranya:-
  1. Perap tempe dengan bahan yang dikisar - perap selama 1/2 jam.
  2. Ambil tempe yang diperap dan digaul dengan breadcrumb sebelum digoreng.
  3. Goreng hingga kekuningan.  Setelah masak boleh lah dihidangkan dan dimakan bersama sambal kicap.

Sup Makaroni Sambal Kicap


Sup
Bahan-bahannya:
  • 1/2 kilo ayam - dipotong kecil dan direbus
  • 1 biji bawang merah - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1/2 inci kunyit - dikisar
  • 1 sudu besar lada hitam - dikisar
  • 1 1/2 sudu besar ketumbar - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan halus - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan kasar - dikisar
  • 4 biji buah keras - dikisar
  • 1 biji bawang merah - dipotong bulat
  • 1 paket rempah penumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 biji kentang - dipotong empat
  • 2 biji tomato - dipotong 8
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa maggie 'Cukup Rasa'
  • Daun sop dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara memasak:-
  1. Rebus ayam didalam periuk hingga empuk bersama kentang.
  2. Tumiskan bawang merah yg dihiris bulat dan rempah penumis hingga naik bau dan garing.  Setelah itu angkat bahan tumis tadi terus kedalam periuk rebusan ayam.
  3. Didalam kuali yang sama terus tumiskan bahan yang dikisar hingga garing.  Setelah garing masukkan kesemua bahan kedalam rebusan ayam tadi.
  4. Akhir sekali masukkan garam dan perasa maggie bersama tomato dan semua bahan hiasan.
Sambal Kicap
Bahan-bahannya:-
  • 15 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing) - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar gula merah
  • Kicap Manis secukupnya
  • Jus limau/ perahan limau kasturi
Cara-caranya:
  1. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk dan masak.
  2. Campurkan gula merah, kicap dan jus limau.  Masaklah sehingga mendidih dan sedikit pekat.