Sunday, April 8, 2012

Nasi Goreng Planta

Nasi Goreng Planta
Resepi Nasi Goreng Planta
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan beras basmathi - dimasak dan disejukkan (kalau dibiarkan semalaman pun lagi elok)
  • 6 biji cili padi - di ketuk
  • 2 biji bawang merah besar - di mayang halus
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 6 sudu besar Planta/ butter *
  • 3 keping isi ayam - di potong dadu
  • 4 sudu sos tiram
  • 1-2 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 4 batang sosej - dihiris-hiris
  • Sayur campur secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan  *4 sudu besar planta/ butter ke dalam kuali, selepas planta/ butter cair, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi sehingga bahan layu.  
  2. Setelah itu masukkan isi ayam.  Setelah ayam masak, masukkan sayur campur, sosej, lada sulah dan sos tiram dan tumis lagi untuk melembutkan sayuran tadi.
  3. Setelah itu baru masukkan nasi dan digaul rata, setelah rata akhir sekali letakkan lebihan *planta/ butter tadi sebanyak 2 sudu besar ke atas nasi dan digaul rata.  Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan kacau. 
  4. Jika kurang rasa, baru dimasukkan garam dan dikacau rata lagi.  Setelah cukup rasa bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Friday, April 6, 2012

Kerang Goreng Berlada Daun Kunyit

Kerang Goreng Berlada Daun Kunyit
Resepi Kerang Goreng Berlada Daun Kunyit
Bahan-bahannya:-
  • 2 kg kerang - dicuci bersih
  • 3 sudu besar lada kisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun kunyit - dirajik halus
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk dikisar
  • 2 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil kerang dan masukkan kedalam periuk, tutup periuk dan dimasak sehingga kebanyakkan kerang terbuka (tak perlu letak air semasa memasak).  Setelah masak dan kebanyakkan kerang terbuka, kopekkan kerang tersebut (buangkan sebelah cengkerangnya sahaja).
  2. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan lada kisar dan serai, tumis sehingga tumisan garing.
  3. Masukkan kerang dan daun kunyit.  Setelah semuanya rata masukkan garam dan gula secukup rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.