Wednesday, May 21, 2014

Daging Dendeng Barlada


Resepinya:
Daging - di rebus dan dihiris ikut suka
Lada merah & sedikit cili padi - di kisar
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Kunyit*
Jus limau
Kicap manis
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit

Cara-cara memasak:-
1. Ambil daging yang telah direbus, masukkan 1 sb minyak, sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit, gaul dan diperap seketika.
2. Goreng daging yang telah diperap tadi sehingga sedikit garing.
3. Gunakan minyak bekas goreng tadi. Kisarkan bahan yang bertanda (*) dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
4. Setelah itu tumiskan lada yang telah di kisar tadi dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
5. Setelah itu masukkan daging, jus limau, kicap manis dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga sedikit kering.

Friday, May 16, 2014

kuih Goyang/ Ros


Resepinya:-
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 cawan santan (dari 1 kotak kecil santan + air)
1/4 kapur
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:-
1. Satukan tepung dan telur, gaul rata.
2. Masukkan garam, kapur dan santan, kacau rata, lebih baik dengan menggunakan balloon whisk sehingga gula larut dan adunan halus dan sedikit pekat.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana kecil dan minyak banyak (pastikan minyak melepas paras acuan ros). Celupkan acuan buanga ros kedalam kuali setelah kuali panas untuk memanaskan acuan.
4. Setelah itu angkat dr minyak, toskan minyak sedikit dan celupkan acuan kedalam adunan tadi jangan sampai melepasi adunan hanya separa atau 3/4 sahaja.
5. Angkat dan celupkan kedalam kuali (tenggelamkan) biarkan seketika (jangan diangkat terlalu cepat dan jgn goyangkan acuan) setelah itu barulah diangkat acuan secara perlahan dan tepung adunan akan melepasi acuan tersebut dengan sendiri dan mudah).

Untuk mendapatkan bentuk bunga yg cantik, selepas diangkat letakkan acuan diatas bunga ros tadi untuk seketika baru lah diangkat.
 *Tip: 
1. Angkat atau terbalikkan ros yg sedang digoreng dengan hanya menggunakan sebatang lidi untuk tidak merosakkan bentuk bunga dan lebih ringkas.
2. Alaskan bekas dengan kitchen tissue utk meresapkan minyak dr ros tersebut, kuih ros akan sedikit lembut setelah dikeluarkan dr kuali dan akan keras setelah suam.